Monday, November 25, 2013

Fesyen Klasik yang Dipermodenkan - Tudung Batik Sarung

Di tahun 80-an dahulu, jika kita pergi ke belah luar bandar Malaysia, kerap kita boleh jumpa fesyen seperti di atas, yang digayakan dengan penuh yakin oleh anak-anak dara disana. Tapi kini, anak-anak dara di bahagian pedalaman pun bergaya jauh lebih kebaratan dari anak-anak dara di kotaraya. Dengan rambut merah nya. Dengan t-shirt sendat yang dipadankan dengan jeans berjenama.

Tapi kini, fesyen lama kembali lagi dengan nafas baru yang bangkit serentak dengan pemasyhuran fesyen tudung. Gambar di bawah ni ambo dapat dari laman Facebook Yuna,
https://www.facebook.com/yunamusic
yang telah mengongsi link dari laman Facebook November Culture
https://www.facebook.com/novemberculture.


Begitu banyak persamaannya bukan? Cuma komen ambo mengenai fesyen tudung ini, ianya belum sempurna. Abaikan dulu tentang baju dan seluar yang dikenakan, kerana ambo hanya komen tentang fesyen tudung. Ianya tak sempurna kerana ianya hanya menutupi rambut si pemakai, dan mendedahkan bahagian leher. Islam mewajibkan menjaga Aurat, dan bukannya sekadar menutup rambut sahaja. Wallahua'lam.

Wednesday, October 30, 2013

Lori Treler Kontena terbalik Lebuhraya SKVE hala Kajang berdekatan Hospital Serdang

Ambo pulang kerja dari Shah Alam jam 19.30, melalui Puchong menuju Kajang. Setibanya di lebuhraya SKVE berhampiran lokasi AES, jalan penuh sesak dan ambo terpaksa menunggang 135LC ambo melalui celah di antara lorong laju (yang tak laju), dan lorong tengah (yang juga tak laju). Jam di tangan ambo sudah menunjukkan pukul 19.50 ketika itu. Selalunya waktu itu jalan sudah tidak lagi sesak sebegitu.

Ambo agak, mungkin ada kemalangan yang menghalang jalan. Setibanya di Hospital Serdang, sebuah treler kontena dilihat tersadai ditepi lebuhraya. Kontenanya dah tertanggal dari trelernya.

Sampai di rumah, ambo buka WhatsApp, rupanya salah seorang kawan ambo dah hantar mesej dalam WA tu pada jam 18.39 bahawa kemalangan itu berlaku dan menyebabkan kesesakan teruk di Lebuhraya SILK. Siap ada gambar lagi dia hantar dalam grup bekas pelajar sekolah menengah kawe.



Pagi ini ambo buka Facebook, salah seorang konteks ambo dalam FB ada share video kemalangan itu dalam wall dia. Kawe pun download lah video tersebut.



Berhati-hati di jalan raya..

Monday, October 21, 2013

Haiwan Pelik Yang Wujud Di Alam Nyata - Japanese Spider Crab [Macrocheira kaempferi]

 Japanese Spider Crab [Macrocheira kaempferi]



Menakutkan bagi seorang yang arachnophobia jika terjumpa labah-labah sebesar ini melekat di siling bilik tatkala di pembaringan hendak tidur.

Namun makhluk ini tidak akan kita jumpa di daratan kerana ia adalah spesis ketam. Dah nama pun ketam, tentulah ia hidup di dalam lautan.

Ketam labah-labah Jepun ini (atau dipanggil takāshigani  dalam bahasa Jepun) merupakan antropod terbesar didunia, mencapai bukaan kaki sehingga 3.8 meter (12 ft.) dari kuku ke kuku. Badannya boleh berkembang sehingga 40 cm atau 16 inci (lebar carapace) dan berat keseluruhan seekor ketam spesis ini boleh mencapai 41 paun (19 kg).

gambaran saiz spesis ketam ini


Ketam jantan mempunyai sepit yang lebih panjang;. Ketam betina mempunyai sepit lebih pendek, lebih pendek daripada sepasang kaki yang selepasnya.

Selain daripada saiz besar, ketam labah-labah Jepun berbeza dari ketam lain dalam beberapa cara. The pleopod (kaki pengayuh) ketam jantan berpintal secara luar buasa, dan larvanya primitif. Ketam ini berwarna jingga, dengan bintik putih di sepanjang kaki. Ia dikatakan tidak bersifat ganas dan membahayakan walaupun mempunyai rupa yang menggerunkan.

Haiwan Pelik Yang Wujud Di Alam Nyata - Aye-aye [Daubentonia madagascariensis]


Aye-aye [Daubentonia madagascariensis]

Aye-aye [Daubentonia madagascariensis] adalah pukang (lemur), satu primat dari induk strepsirrhine dari Madagascar yang menggabungkan gigi seperti tikus dan jari tengah nipis khas untuk memenuhi tabiat ekologi yang sama seperti burung belatuk.

Ia adalah haiwan waktu malam primat terbesar di dunia , dan mempunyai kelakuan dan tabiatluar biasa dalam mencari makanan. Ia mengetuk di atas pokok untuk mengesan ulat, lalu mengerik lubang pada kayu dengan menggunakan gigi kacip yang serong kehadapan untuk membuat lubang kecil di mana ia memasukkan jari tengah yang runcing untuk menarik ulat keluar. Kaedah perburuan ini dikenali sebagai 'percussive hunting' (perburuan ketukan).  Satu-satunya spesies haiwan lain yang diketahui untuk mencari makanan dengan cara ini adalah Striped Possum. [6] Dari sudut ekologi aye-aye dilihat memenuhi keistimewaan burung belatuk, kerana ia mampu menembusi kayu untuk mengeluarkan invertebrata yang berada di dalam.

The aye -aye adalah satu-satunya ahli yang masih ada dari Daubentonia genus dan keluarga Daubentoniidae (walaupun ia kini diklasifikasikan sebagai hampir pupus oleh IUCN ); satu lagi specis, Daubentonia robusta, telah pupus pada satu ketika dalam 1000 tahun yang lalu.

Haiwan ini hanya terdapat di Madagascar.

Haiwan Pelik Yang Wujud Di Alam Nyata - Pink Fairy Armadillo [Chlamyphorus truncatus]

Pink Fairy Armadillo [Chlamyphorus truncatus]

Pink Fairy Armadillo bersaiz 90-115 mm (3.5-4.5 inci) panjang, tidak termasuk ekor, dan berwarna pink ros pucat. Ia berupaya bersembunyi di dalam tanah sepenuhnya dalam masa beberapa saat jika berasa terancam.

Ia adalah haiwan yang aktif waktu malam. Ia bersarang berhampiran dengan sarang semut di tanah kering, dan makanan utamanya adalah semut dan larva semut berhampiran lubang itu. Kadang-kadang, ia memakan cacing, siput, serangga dan larva, atau pelbagai tumbuhan dan bahan-bahan akar.

Armadillo Pari-pari Merah Jambu menghabiskan banyak masa di bawah tanah, kerana ia adalah "perenang pasir" seperti Tikus Tanah emas (Golden Mole) atau Tikus Tanah Marsupial(Marsupial Mole). Ia menggunakan kuku depan besar untuk mencakar pasir, membolehkan ia bergerak seolah-olah berenang melalui pasir dengan cara yang sama seperti berenang dalam air. Ia berbentuk torpedo, dan mempunyai kepala dan belakang dilindungicengkerang.

Haiwan yang hanya didapati di Argentina ini telah dikelaskan sebagai haiwan terancam oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam (IUCN).

Thursday, October 17, 2013

Mahram

Pada Hari Raya 'Idul Adha yang lepas, ambo putuskan untuk tidak balik kampung ambo. Kampung ambo adalah Kampung Paya Rambai dekat Kota Bharu, Kelantan, kira-kira 2 kilometer kearah barat stadium keramat pasukan The Red Warrior, Stadium Sultan Mohammed IV. keputusan tidak pulang ke kampung ini dibuat setelah mempertimbangkan bayi yang masih kecil berusia 3 bulan, amat sukar rasanya untuk bermusafir dengan bayi yang kecil ini.

Lalu, pada Hari Raya itu juga ambo balik ke kampung asal Mak Mertua ambo, Kampung Sungai Buaya, Banting, Selangor. Tiba di sana lebih kurang jam 3 petang setelah melalui Lebuhraya SKVE. Sesampainya di sana, mengikut adab orang berkunjungan lah, bersalaman dengan para pakcik dan sepupu.

Sampai masa nak salam Nenek, nenek tak mahu salam dengan ambo. Katanya dia ada wudhu', baru nak solat. Maaf, bukan rasa terkilan, atau kecik hati yang timbul dalam hati, jauh sekali rasa 'sentap'. Tapi terfikir, rasanya status ambo dengan nenek kepada isteri ambo adalah mahram. Tapi oleh kerana ambo tak berapa arif dan tidak pasti dengan status itu, adalah lebih baik untuk ambo menghormati keputusan nenek itu. Lalu ambo sambung menyalami pakcik dan sepupu yang lain dengan hati yang tertanya-tanya tentang status mahram tadi.

Sememangnya sejak awal pernikahan ambo dengan isteri ambo, ambo mengelak dari menyalami makcik kepada isteri ambo dan sepupu-sepupu perempuan kepada isteri ambo walaupun tiada wudhu'. Sebab yang itu ambo tahu mereka bukan mahram. Haram bersalam dengan bukan mahram bukan kerana batal wudhu', tapi batal wudhu' kerana haram bersalam.

Dengan tanda tanya yang bagai parasit yang mencengkam otak ambo ni, baru hari ini ambo terfikir untuk mencarinya dalam Google. Ambo teringat, ambo pernah terlihat di dunia maya ini satu carta yang menunjukkan siapa mahram dan siapa bukan bagi seseorang. Carta dalam bentuk ilustrasi kartun, tetapi penuh informasi. Jadi ambo carilah dalam google dengan kata kunci 'carta mahram dalam islam'.

Dalam pencarian ambo, ambo terjumpalah satu Blog bernama 'Blog Rasmi Abu Anas Madani'. Dalam blog ini ada satu entri yang berjudul 'Batas-batas Aurat & Mahram Dalam Islam'. Dalam entri ini tertampal carta yang ambo cari itu. Terdapat dua poster berasingan untuk lelaki dan wanita. Memang menarik.

Poster untuk lelaki

Dari dalam poster ini ambo sahkan yang ambo dengan nenek isteri ambo adalah mahram dan tiada masalah untuk ambo bersalam dengan beliau.

Suka ambo tempek di sini isi dalam entri tersebut:

BATAS-BATAS AURAT DALAM ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد.


Aurat dari segi bahasa; ialah keaiban.
Manakala dari segi istilah Syarak; ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.
Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi (orang yang boleh
berkahwin dengannya)kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.
AURAT KETIKA BERSENDIRIAN

1. Ulama’ Mazhab Hanafi dan Hambali berpendapat: “Sebagaimana dilarang seorang mukallaf (orang yang dituntut beramal dengan suruhan dan meninggalkan larangan) mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang mendedahkan auratnya ketika ia bersendirian kecuali ketika dharurat atau terpaksa dibuka seperti ketika qadha’ hajat atau ketika mandi. Ketika dharurat diharuskan membukanya”.

2. Sementara Ulama’ Mazhab Maliki dan Syafi’ie berpendapat: “Ketika seseorang itu bersendirian, tidak diharamkan mendedahkan auratnya hanya makruh kecuali ketika dharurat kerana ketika dharurat diharuskan membukanya”.




BATAS-BATAS AURAT LELAKI

Rasulullah SAW bersabda:
عنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
((لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ، وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ، وَلَا يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلَا تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ)) [صحيح مسلم]
Maksudnya: “Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”. [HR Muslim].

Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;

1. Mazhab Hanafi dan Hambali berpendapat: “Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.
Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.

2. Imam Malik dan Imam Syafi’ie berpendapat: “Aurat lelaki ada dua keadaan:
(1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja.
(2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya.
Auratnya adalah seluruh tubuh badannya.
[Rujuk Kitab al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al-Aurah].

BATAS AURAT WANITA DENGAN LELAKI
Para Ulama’ bersepakat berpendapat bawah aurat perempuan kepada lelaki yang bukan MAHRAMNYA ialah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT adalam surah An-Nur ayat 31, Al-Ahzab ayat 53 dan ayat 59 serta riwayat beberapa buah hadith.
Firman Allah SWT:
{وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ}
Maksudnya: {Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada}. [An-Nur: 31].
Firman Allah SWT
{يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا} الأحزاب (59)
Maksudnya: {Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah menghulurkan JILBAB mereka ke seluruh tubuh badan mereka kerana dengan itu mereka akan mudah dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang}. [Al-Ahzab: 59].
Firman Allah lagi:
{وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ} الأحزاب (53)
 yang bermaksud: {Apabila kamu bertanya atau meminta sesuatu keperluankepada mereka (isteri-isteri Nabi SAW), maka hendaklah di sebalik tabir. Cara demikian adalah lebih mensucikan hati kamu dan hati mereka …} [Al-Ahzab: 53]

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari disebut riwayat dari Ibn Syihab dari ’Urwah dan dari Aishah, R.anha berkata:
“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada wanita-wanita Muhajirin yang mulia iaitu tatkala Allah menurunkan ayat 31 surah An-Nur, mereka teus mengoyak kain selendang lalu menutup diri mereka dengannya”. [Tafsir Ibn Kathir juz 3 halaman 284]
HR Abu Daud daripada Saidatina Aisyah R.anha bahawa suatu hari kakaknya iaitu Asma’ binti Abu Bakar datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda maksudnya: “Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya).”

BATAS AURAT WANITA MENURUT ULAMA’ MAZHAB:
Antara batas aurat wanita yang telah ditetapkan oleh syariat menurut pendapat dan fatwa mazhab ialah;
1. Di hadapan lelaki bukan mahramnya ialah seluruh tubuh. Maksudnya semua termasuk rambutnya, mukanya, kedua tapak tangannya zahir dan batinnya juga kedua tapak kakinya. Hukum ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat”. (HR Al-Bazar dan At-Tirmizi).
2. Semasa seorang diri atau di hadapan lelaki mahramnya atau di hadapan wanita Islam yang baik akhlaknya, batas auaratnya adalah antara pusat hingga lutut. Walau bagaimanapun, bagi menjaga adab serta memperhalusi akhklak ketika berhadapan dengan lelaki yang mahramnya, eloklah wanita itu menjaga dan menutup auratnya yang selain dari pusat hingga lutut agar tidak menimbulkan ghairah kepada lelaki walaupun darjatnya mahrahm dengannya. Lebih-lebih lagi ditakuti akan timbul fitnah, kes sumbang mahram dan lain-lain.
3. Di hadapan wanita kafir dan wanita yang rendah akhlaknya, aurat wanita itu adalah seluruh tubuh kecuali anggota yang zahir ketika bekerja iaitu kepala, muka, leher, dari dua tapak tangan hingga ke siku sahaja dan dua tapak kakinya. Selain itu adalah diharamkan membukanya.
4. Aurat wanita sahaya (hamba) kepada lelaki yang mahram dengannya dan sesama perempuan auratnya adalah dari pusat hingga lutut. Dengan lelaki bukan mahram dengannya (ajnabi) auratnya adalah seluruh tubuh badan.

Penjelasan-penjelasan ulama tentang batas-batas aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram). 

Perbezaan pendapat;
1. MAZHAB SYAFI’IE: ada 2 qaul;
a) Qaul pertama: Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Qaul ini adalah qaul yang paling soheh dalam Mazhab Syaf’ie.
b) Qaul kedua: Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedah muka dan dua tapak tangan boleh menimbulkan fitnah kepada wanita itu, maka ketika itu wajiblah menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Fitnah iaitu ( ”apa yang lahir pada dirinya yang mana dengan melihatnya boleh mendatangkan nafsu syahwat).

2. MAZHAB HAMBALI: ada 2 qaul;
a) Qaul pertama: Semua anggota wanita adalah aurat tanpa kecuali kepada lelaki ajnabi.
b) Qaul kedua: Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Tapi jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.

3. MAZHAB HANAFI: ada 2 qaul;
a) Qaul pertama: Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.
b) Qaul kedua: Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dan dua tapak kaki.

4. MAZHAB MALIKI: Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.


Komen ambo tentang blog ini; bagus, banyak informasi dan boleh dibuat rujukan jika ada kemusykilan. Pemilik blog ini adalah orang ulama' yang boleh dibuat rujukan. 

Sedikit biodata tentang pemilik blog, Abu Anas Madani:


Nama            :     Abdul Basit Bin Hj. Abdul Rahman bin Sulaiman.
Gelaran            :     Abu Anas Madani.
Tempat lahir    :     Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
Tempat Tinggal Terkini :    PT 4040, Pondok Sngai Durian, 18000 Kuala Krai, Kelantan, Malaysia.
Email: ainbaa@yahoo.com.
HP: 019-9441881. Pej; 09-9667071
Website: www.abuanasmadani.com / www.abuanasmadani.blogspot.com           
Buku & Rakaman: www.dartaibah.com

Pendidikan            :
1- Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
2- BA (Syariah) Universiti Islam Madinah.  1995
3- MA (Syariah) Universiti Islam Madinah.  2000
4- Ph.D (Syariah) Universiti Islam Madinah. 2005
    (Pelajar Malaysia ke 3 mendapat Ph.D dari Universiti  
    Islam Madinah).

Keluarga:
Isteri: Nik Zulaili Bt Nik Yaacob (Ummu Anas Madani) LL.B (Hons) IIU.

Tarikh Kahwin: Ogos 1995.

Anak-anak:
1. Anas Madani  - 1998
2. Amir Madani  - 1999
3. Asim Madani  - 2001
4. As’ad Madani - 2003
5. Iffah Adni    - 2007
6. Ahmad - 2013

Hobi dan minat    :    Membaca, mengkaji, menyelidik dan menulis.

Untuk rujukan lanjut, bolehlah berkunjung ke laman Blog Abu Anas Madani ini.

Wednesday, September 25, 2013

Gambar Viva Masuk Longkang, K.M 5.4 LKSA, 25 September 2013, 5.00pm

Petang 25hb September, jam 1745 ambo lalu LKSA dalam perjalanan pulang ke Kajang menunggang 135LC. Kala menunggang, ambo rasa hairan juga kerana kadar kesesakan lalulintas di LKSA ketika itu agak luarbiasa. Tapi nak buat macam mana, perjalanan mesti juga diteruskan.

Bila ambo sampai di kawasan Seksyen 19, baru ambo tahu rupa-rupanya ada kemalangan berhampiran dengan jejantas pejalan kaki selepas simpang CIAST. Kelihatan Peronda LKSA sedang mengawal kesesakan lalulintas disitu dengan kon-kon yang telah disusun tertib demi keselamatan pengguna LKSA. Dari situ juga ambo nampak orang ramai sedang mengerumun sesuatu di atas jambatan pejalan kaki menyeberangi longkang besar di tepi lebuhraya. Perhati dengan lebih teliti, ambo nampak sebuah kereta telah terjunam kepala dahulu ke dalam longkang. Bumper depan di bawah, bumper belakang di atas.

Oleh kerana keadaan lalulintas agak selamat untuk ambo berhenti, ambo pun terus menghimpit ke bahu jalan dan berhenti dalam kawasan kon yang disusun oleh Peronda LKSA.

Pelik juga ambo melihat kereta itu boleh jatuh ke dalam longkang sedangkan jarak antara longkang dengan bahu jalan agak jauh, kira-kira sepuluh ela. Lalu ambo snap satu gambar menggunakan kamera pada E71 yang sentiasa ada dalam poket ambo.



Dengan semangat busy body ambo melangkah menghampiri, didapati pemandunya telah tiada, jadi ambo tak tahu untung nasib si pemandu dan penumpangnya (rasanya ada penumpang kerana pintu belakang kereta itu pun terbukak).


Ambo snap lagi beberapa gambar dan dikongsikan dalam beberapa group dalam aplikasi WhatsApp. Sharing is caring katanya.




Setelah menganalisa ala-ala CSI, ambo dapat simpulkan bahawa kereta Perodua Viva ini telah dilanggar di belakang sebelah kanan oleh sebuah lagi kenderaan (terdapat kesan kemek pada bahagian itu dan terdapat serpihan lampu dia atas jalan) menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan terbabas. Disebabkan keadaan panik menguasai, pemandu telah terpijak pedal minyak lalu memecut terus ke dalam longkang. namun mangsa yang tidak diketahui bilangannya selamat dan hanya mengalami cedera ringan (harap-harapnye la..).

Ambo pun meneruskan perjalanan menuju ke kajang, pendek cerita, ambo sampai dengan selamat. Alhamdulillah.

Sesampainya di rumah, anak sulung ambo yang umurnya hampir 3 tahun pula mengajak ambo ke taman. Nak main taman katanya. Lalu ambo ambik kunci kereta dan bawa dia dan dua orang sepupu lelakinya ke taman di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Dalam perjalanan ke taman ambo dengar info trafik di Hot.fm mengatakan LKSA sesak kerana terdapat kemalangan di kilometer 5.4. Confirm kemalangan yang ambo lihat tadi (katanya hati)..

Jalan sesak bukan sebab kemalangan ditengah jalan, jalan sesak kerana masing-masing sibuk nak tengok.. termasukla ambo..

Pasti pemandu dan penumpang kereta itu tidak dapat menghidu kemalangan ini dari awal kerana... MALANG TAK BERBAU.. Oleh itu berhati-hati di jalan raya.

Sekian saja laporan ambo, Abu Rayhan untuk TVBudu..

Friday, September 13, 2013

Bukan Berkhutbah, Tapi Berkongsi Jah..

Sidang Jumaat tadi kawe ke surau Karangkraf, nampaknya dah makin bertambah ahli jemaah kat surau itu. Agak sesak juga Jalan Renggam 15/2 tiap hari Jumaat antara jam 13.00 - 14.30. Selalunya Jalan Renggam tidaklah sesesak itu kecuali jika Karangkraf buat karnival. Sememangnya Jalan Renggam akan sesak jika Karnival berlangsung, tapi kesesakannya akan meliputi Pesiaran Selangor.

Intipati khutbah Jumaat tadi ada menyebut tentang punca kenapa doa kita umat islam tidak makbul. Khatib ada bercerita dizaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada seorang sahabat meminta Rasulullah mendoakan supaya dia terdiri daripada orang yang makbul doanya.

Khatib juga ada menyebut bahawa untuk menjadi seorang yang makbul doa, kita harus menjaga pemakanan kita. Jauhi makanan yang haram.

Haramnya makanan terdiri dari dua punca, yang pertama; haram kerana fizikalnya. Contohnya binatang yang haram dimakan seperti babi, anjing, kucing, harimau, katak dan lain-lain. Yang kedua haram kerana sumbernya yang haram. Contohnya daging lembu yang pada asalnya halal dimakan, tetapi diperolehi dengan cara yang haram seperti daging curi, dibeli dengan duit hasil rompakan, duit judi, dan sebagainya.

Dalam khutbah kedua pula khatib ada menyebut tentang keutamaan mendengar khutbah. Mendengar khutbah menjadi rukun solat Jumaat. Khutbah mesti didengar dengan khusyuk tanpa gangguan. Sehingga kita tidah boleh berkata-kata walau sepatah pun ketika khatib berkhutbah walaupun untuk menegur anggota jemaah disebelah kita untuk diam. Bahkan, khatib kata, pernah suatu hari, Rasulullah melarang sahabat daripada bermain anak batu di tanah (dizaman Rasulullah masjid memang diatas tanah, bukan seperti kita masjid ada karpet) ketika Rasulullah berkhutbah.

Zaman sekarang, kita mungkin pernah tengok jemaah yang kurang fahan, mengetik keypad telefon ketika khatib berkhutbah (balas sms, Whatsapps, Wechat, Facebook, share isi khutbah kot). Walaupun niatnya baik untuk share isi khutbah, tapi ia mungkin akan menghilangkan pahala Jumaat. Sia-sia je.

Tu belum kira yang tidur waktu dengar khutbah. memang banyak berlaku. Harap-harap kawe boleh elak diri dari tidur masa dengar khutbah. Jawa kata amit-amit.

Jika kita fikir logiknya solat Jumaat difardhukan, bukan untuk menyusahkan kita, tapi ia penting untuk kesejahteraan ummah. Medium khutbah boleh digunakan sebagai media arus perdana bagi ummat islam. Kita mungkin agak ketinggalan isu-isu hangat dunia artis jika kita tidak menonton Melodi di TV3 seminggu sekali. Itulah lojiknya kefardhuan khutbah Jumaat. Ia menjadi medan untuk khatib menyampaikan berita tentang isu-isu semasa yang hangat dikalangan ummat islam diseluruh dunia, diserata Asia, di Malaysia, dan tidak ketinggallan isu setempat yang berlaku di dalam mukim itu sendiri.

Maka, kawe menyeru depada kawan-kawan dan diri kawe sendiri supaya mendengar khutbah dengan khusyuk, dan ambil i'tibar dari khutbah tersebut. Insyaallah..

Friday, August 23, 2013

Tempe, Budu & Hybrid

Hybrid bererti hasil yang unik dari gabungan dua elemen yang berbeza. seperti kereta berenjin hybrid merupakan kereta yang dijanakuasa dengan enjin yang menggunakan elemen kuasa petrol & elemen kuasa elektrik. Enjin ini berfungsi serentak untuk menjana kuasa dengan efisien dan mesra alam. Enjin Hybrid adalah antara enjin yang paling jimat penggunaan petrolnya kerana elemen enjin petrolnya amat sedikit. kereta bergerak dengan kuasa yang dihasilkan oleh elemen motor elektrik yang mendapat kuasa daripada bateri yang dicas oleh enjin petrol.




Tempe merupakan makanan yang amat sinonim dengan keturunan Jawa. Sebut sahaja tempe, mesti perkara yang diingat adalah 'Jawa'. jika kita hidup dalam masyarakat jawa, kita pasti tidak dapat lari dari tempe. Tempe digunakan sebagai bahan masakan terpenting orang jawa. Tempe juga boleh dimakan sebagai snek. jika Kentang goreng berasal dari Perancis dan dinamakan French Fries, Tempe goreng pula boleh dikatakan sebagai Javanese Fries. Menunjukkan tempe sudah menjadi darah daging orang jawa tak kiralah Jawa Johor, Jawa Selangor atau Jawa Barat.



Budu pula, amat sinonim dengan masyarakat Kelantan. Sebut saja budu pasti perkataan 'Kelantan' akan terlintas difikiran anggota masyarakat di Malaysia. Budu lazimnya digunakan sebagai pencicah ikan bakar (selalunya ikan kembung) dalam hidangan nasi oleh masyarakat Kelantan. Dicampur dengan cili padi dan sedikit asam limau nipis, budu didalam mangkuk kecil yang terletak ditengah-tengah hidangan makan tengahari pasti tidak dapat ditolak oleh penggemarnya. Ada kalanya budu dituang terus kedalam nasi untuk menjadi penyedap dikala menikmati hidangan yang tidak berkuah.



Tapi, pernahkah kita terfikir bila dua elemen ini (Tempe dan Budu) yang lahir dalam dua masyarakat yang berasingan, digabungkan untuk menjadi satu hidangan baru yang unik? Kita sudah lama mengenal French Fries yang asalnya dari barat, dan kita tahu kewujudan 'Javanese Fries' walaupun itu bukan nama popularnya. Tapi jika tempe goreng yang menjadi hidangan masyarakat jawa sebagai snek, dihidangkan bersama-sama sengan semangkuk kecil budu yang dicampurkan sedikit cili padi dan asam limau nipis, ia menghasilkan satu 'Fries' baru yang sangat unik dan 'Truly Malaysian'. Kita boleh menamakan ia sebagai 'Malaysian Fries' dan tentu sekali hidangan Malaysian Fries ini adalah Hybrid, selaras dengan arus dunia moden yang popular dengan elemen Hybrid.

Tidak keterlaluan sekiranya penulis mengatakan nama dan konsep 'Malaysian Fries' ini ada nilai komersil dan memiliki keaslian yang tersendiri sehingga negara jiran tidak boleh mempertikaikannya. Pernah berlaku beberapa tahun yang sudah, segelintir pihak di Indonesia yang mendakwa Malaysia telah mencuri Tarian Pendet yang asalnya dari Bali.

Penulis sendiri pernah mencuba hidangan ini namun dengan kamera pada telefon penulis yang kurang pikselnya, penulis tidak ada angin untuk mengambil gambarnya. Sebagai rakyat yang bernaung dibawah Sultan Muhammad V yang sekarang hidup dalam masyarakat Jawa, komen penulis tentang rasa hidangan Hybrid Malaysian Fries ini ok. Jika lidah Melayu boleh menerima French Fries, takkan lidah yang sama tidak boleh menerima makanan tradisi sendiri? Sama-samalah kita fikirkan.