Friday, August 23, 2013

Tempe, Budu & Hybrid

Hybrid bererti hasil yang unik dari gabungan dua elemen yang berbeza. seperti kereta berenjin hybrid merupakan kereta yang dijanakuasa dengan enjin yang menggunakan elemen kuasa petrol & elemen kuasa elektrik. Enjin ini berfungsi serentak untuk menjana kuasa dengan efisien dan mesra alam. Enjin Hybrid adalah antara enjin yang paling jimat penggunaan petrolnya kerana elemen enjin petrolnya amat sedikit. kereta bergerak dengan kuasa yang dihasilkan oleh elemen motor elektrik yang mendapat kuasa daripada bateri yang dicas oleh enjin petrol.




Tempe merupakan makanan yang amat sinonim dengan keturunan Jawa. Sebut sahaja tempe, mesti perkara yang diingat adalah 'Jawa'. jika kita hidup dalam masyarakat jawa, kita pasti tidak dapat lari dari tempe. Tempe digunakan sebagai bahan masakan terpenting orang jawa. Tempe juga boleh dimakan sebagai snek. jika Kentang goreng berasal dari Perancis dan dinamakan French Fries, Tempe goreng pula boleh dikatakan sebagai Javanese Fries. Menunjukkan tempe sudah menjadi darah daging orang jawa tak kiralah Jawa Johor, Jawa Selangor atau Jawa Barat.



Budu pula, amat sinonim dengan masyarakat Kelantan. Sebut saja budu pasti perkataan 'Kelantan' akan terlintas difikiran anggota masyarakat di Malaysia. Budu lazimnya digunakan sebagai pencicah ikan bakar (selalunya ikan kembung) dalam hidangan nasi oleh masyarakat Kelantan. Dicampur dengan cili padi dan sedikit asam limau nipis, budu didalam mangkuk kecil yang terletak ditengah-tengah hidangan makan tengahari pasti tidak dapat ditolak oleh penggemarnya. Ada kalanya budu dituang terus kedalam nasi untuk menjadi penyedap dikala menikmati hidangan yang tidak berkuah.



Tapi, pernahkah kita terfikir bila dua elemen ini (Tempe dan Budu) yang lahir dalam dua masyarakat yang berasingan, digabungkan untuk menjadi satu hidangan baru yang unik? Kita sudah lama mengenal French Fries yang asalnya dari barat, dan kita tahu kewujudan 'Javanese Fries' walaupun itu bukan nama popularnya. Tapi jika tempe goreng yang menjadi hidangan masyarakat jawa sebagai snek, dihidangkan bersama-sama sengan semangkuk kecil budu yang dicampurkan sedikit cili padi dan asam limau nipis, ia menghasilkan satu 'Fries' baru yang sangat unik dan 'Truly Malaysian'. Kita boleh menamakan ia sebagai 'Malaysian Fries' dan tentu sekali hidangan Malaysian Fries ini adalah Hybrid, selaras dengan arus dunia moden yang popular dengan elemen Hybrid.

Tidak keterlaluan sekiranya penulis mengatakan nama dan konsep 'Malaysian Fries' ini ada nilai komersil dan memiliki keaslian yang tersendiri sehingga negara jiran tidak boleh mempertikaikannya. Pernah berlaku beberapa tahun yang sudah, segelintir pihak di Indonesia yang mendakwa Malaysia telah mencuri Tarian Pendet yang asalnya dari Bali.

Penulis sendiri pernah mencuba hidangan ini namun dengan kamera pada telefon penulis yang kurang pikselnya, penulis tidak ada angin untuk mengambil gambarnya. Sebagai rakyat yang bernaung dibawah Sultan Muhammad V yang sekarang hidup dalam masyarakat Jawa, komen penulis tentang rasa hidangan Hybrid Malaysian Fries ini ok. Jika lidah Melayu boleh menerima French Fries, takkan lidah yang sama tidak boleh menerima makanan tradisi sendiri? Sama-samalah kita fikirkan.

No comments:

Post a Comment