Friday, September 13, 2013

Bukan Berkhutbah, Tapi Berkongsi Jah..

Sidang Jumaat tadi kawe ke surau Karangkraf, nampaknya dah makin bertambah ahli jemaah kat surau itu. Agak sesak juga Jalan Renggam 15/2 tiap hari Jumaat antara jam 13.00 - 14.30. Selalunya Jalan Renggam tidaklah sesesak itu kecuali jika Karangkraf buat karnival. Sememangnya Jalan Renggam akan sesak jika Karnival berlangsung, tapi kesesakannya akan meliputi Pesiaran Selangor.

Intipati khutbah Jumaat tadi ada menyebut tentang punca kenapa doa kita umat islam tidak makbul. Khatib ada bercerita dizaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada seorang sahabat meminta Rasulullah mendoakan supaya dia terdiri daripada orang yang makbul doanya.

Khatib juga ada menyebut bahawa untuk menjadi seorang yang makbul doa, kita harus menjaga pemakanan kita. Jauhi makanan yang haram.

Haramnya makanan terdiri dari dua punca, yang pertama; haram kerana fizikalnya. Contohnya binatang yang haram dimakan seperti babi, anjing, kucing, harimau, katak dan lain-lain. Yang kedua haram kerana sumbernya yang haram. Contohnya daging lembu yang pada asalnya halal dimakan, tetapi diperolehi dengan cara yang haram seperti daging curi, dibeli dengan duit hasil rompakan, duit judi, dan sebagainya.

Dalam khutbah kedua pula khatib ada menyebut tentang keutamaan mendengar khutbah. Mendengar khutbah menjadi rukun solat Jumaat. Khutbah mesti didengar dengan khusyuk tanpa gangguan. Sehingga kita tidah boleh berkata-kata walau sepatah pun ketika khatib berkhutbah walaupun untuk menegur anggota jemaah disebelah kita untuk diam. Bahkan, khatib kata, pernah suatu hari, Rasulullah melarang sahabat daripada bermain anak batu di tanah (dizaman Rasulullah masjid memang diatas tanah, bukan seperti kita masjid ada karpet) ketika Rasulullah berkhutbah.

Zaman sekarang, kita mungkin pernah tengok jemaah yang kurang fahan, mengetik keypad telefon ketika khatib berkhutbah (balas sms, Whatsapps, Wechat, Facebook, share isi khutbah kot). Walaupun niatnya baik untuk share isi khutbah, tapi ia mungkin akan menghilangkan pahala Jumaat. Sia-sia je.

Tu belum kira yang tidur waktu dengar khutbah. memang banyak berlaku. Harap-harap kawe boleh elak diri dari tidur masa dengar khutbah. Jawa kata amit-amit.

Jika kita fikir logiknya solat Jumaat difardhukan, bukan untuk menyusahkan kita, tapi ia penting untuk kesejahteraan ummah. Medium khutbah boleh digunakan sebagai media arus perdana bagi ummat islam. Kita mungkin agak ketinggalan isu-isu hangat dunia artis jika kita tidak menonton Melodi di TV3 seminggu sekali. Itulah lojiknya kefardhuan khutbah Jumaat. Ia menjadi medan untuk khatib menyampaikan berita tentang isu-isu semasa yang hangat dikalangan ummat islam diseluruh dunia, diserata Asia, di Malaysia, dan tidak ketinggallan isu setempat yang berlaku di dalam mukim itu sendiri.

Maka, kawe menyeru depada kawan-kawan dan diri kawe sendiri supaya mendengar khutbah dengan khusyuk, dan ambil i'tibar dari khutbah tersebut. Insyaallah..

No comments:

Post a Comment