Menakutkan bagi seorang yang arachnophobia jika terjumpa labah-labah sebesar ini melekat di siling bilik tatkala di pembaringan hendak tidur.
Namun makhluk ini tidak akan kita jumpa di daratan kerana ia adalah spesis ketam. Dah nama pun ketam, tentulah ia hidup di dalam lautan.
Ketam labah-labah Jepun ini (atau dipanggil takāshigani dalam bahasa Jepun) merupakan antropod terbesar didunia, mencapai bukaan kaki sehingga 3.8 meter (12 ft.) dari kuku ke kuku. Badannya boleh berkembang sehingga 40 cm atau 16 inci (lebar carapace) dan berat keseluruhan seekor ketam spesis ini boleh mencapai 41 paun (19 kg).
gambaran saiz spesis ketam ini
Ketam jantan mempunyai sepit yang lebih panjang;. Ketam betina mempunyai sepit lebih pendek, lebih pendek daripada sepasang kaki yang selepasnya.
Selain daripada saiz besar, ketam labah-labah Jepun berbeza dari ketam lain dalam beberapa cara. The pleopod (kaki pengayuh) ketam jantan berpintal secara luar buasa, dan larvanya primitif. Ketam ini berwarna jingga, dengan bintik putih di sepanjang kaki. Ia dikatakan tidak bersifat ganas dan membahayakan walaupun mempunyai rupa yang menggerunkan.
menakutkan tapi kelihatan lazat untuk dibuat gulai lemak.. hahaha...
ReplyDelete