Wednesday, September 25, 2013

Gambar Viva Masuk Longkang, K.M 5.4 LKSA, 25 September 2013, 5.00pm

Petang 25hb September, jam 1745 ambo lalu LKSA dalam perjalanan pulang ke Kajang menunggang 135LC. Kala menunggang, ambo rasa hairan juga kerana kadar kesesakan lalulintas di LKSA ketika itu agak luarbiasa. Tapi nak buat macam mana, perjalanan mesti juga diteruskan.

Bila ambo sampai di kawasan Seksyen 19, baru ambo tahu rupa-rupanya ada kemalangan berhampiran dengan jejantas pejalan kaki selepas simpang CIAST. Kelihatan Peronda LKSA sedang mengawal kesesakan lalulintas disitu dengan kon-kon yang telah disusun tertib demi keselamatan pengguna LKSA. Dari situ juga ambo nampak orang ramai sedang mengerumun sesuatu di atas jambatan pejalan kaki menyeberangi longkang besar di tepi lebuhraya. Perhati dengan lebih teliti, ambo nampak sebuah kereta telah terjunam kepala dahulu ke dalam longkang. Bumper depan di bawah, bumper belakang di atas.

Oleh kerana keadaan lalulintas agak selamat untuk ambo berhenti, ambo pun terus menghimpit ke bahu jalan dan berhenti dalam kawasan kon yang disusun oleh Peronda LKSA.

Pelik juga ambo melihat kereta itu boleh jatuh ke dalam longkang sedangkan jarak antara longkang dengan bahu jalan agak jauh, kira-kira sepuluh ela. Lalu ambo snap satu gambar menggunakan kamera pada E71 yang sentiasa ada dalam poket ambo.



Dengan semangat busy body ambo melangkah menghampiri, didapati pemandunya telah tiada, jadi ambo tak tahu untung nasib si pemandu dan penumpangnya (rasanya ada penumpang kerana pintu belakang kereta itu pun terbukak).


Ambo snap lagi beberapa gambar dan dikongsikan dalam beberapa group dalam aplikasi WhatsApp. Sharing is caring katanya.




Setelah menganalisa ala-ala CSI, ambo dapat simpulkan bahawa kereta Perodua Viva ini telah dilanggar di belakang sebelah kanan oleh sebuah lagi kenderaan (terdapat kesan kemek pada bahagian itu dan terdapat serpihan lampu dia atas jalan) menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan terbabas. Disebabkan keadaan panik menguasai, pemandu telah terpijak pedal minyak lalu memecut terus ke dalam longkang. namun mangsa yang tidak diketahui bilangannya selamat dan hanya mengalami cedera ringan (harap-harapnye la..).

Ambo pun meneruskan perjalanan menuju ke kajang, pendek cerita, ambo sampai dengan selamat. Alhamdulillah.

Sesampainya di rumah, anak sulung ambo yang umurnya hampir 3 tahun pula mengajak ambo ke taman. Nak main taman katanya. Lalu ambo ambik kunci kereta dan bawa dia dan dua orang sepupu lelakinya ke taman di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Dalam perjalanan ke taman ambo dengar info trafik di Hot.fm mengatakan LKSA sesak kerana terdapat kemalangan di kilometer 5.4. Confirm kemalangan yang ambo lihat tadi (katanya hati)..

Jalan sesak bukan sebab kemalangan ditengah jalan, jalan sesak kerana masing-masing sibuk nak tengok.. termasukla ambo..

Pasti pemandu dan penumpang kereta itu tidak dapat menghidu kemalangan ini dari awal kerana... MALANG TAK BERBAU.. Oleh itu berhati-hati di jalan raya.

Sekian saja laporan ambo, Abu Rayhan untuk TVBudu..

Friday, September 13, 2013

Bukan Berkhutbah, Tapi Berkongsi Jah..

Sidang Jumaat tadi kawe ke surau Karangkraf, nampaknya dah makin bertambah ahli jemaah kat surau itu. Agak sesak juga Jalan Renggam 15/2 tiap hari Jumaat antara jam 13.00 - 14.30. Selalunya Jalan Renggam tidaklah sesesak itu kecuali jika Karangkraf buat karnival. Sememangnya Jalan Renggam akan sesak jika Karnival berlangsung, tapi kesesakannya akan meliputi Pesiaran Selangor.

Intipati khutbah Jumaat tadi ada menyebut tentang punca kenapa doa kita umat islam tidak makbul. Khatib ada bercerita dizaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada seorang sahabat meminta Rasulullah mendoakan supaya dia terdiri daripada orang yang makbul doanya.

Khatib juga ada menyebut bahawa untuk menjadi seorang yang makbul doa, kita harus menjaga pemakanan kita. Jauhi makanan yang haram.

Haramnya makanan terdiri dari dua punca, yang pertama; haram kerana fizikalnya. Contohnya binatang yang haram dimakan seperti babi, anjing, kucing, harimau, katak dan lain-lain. Yang kedua haram kerana sumbernya yang haram. Contohnya daging lembu yang pada asalnya halal dimakan, tetapi diperolehi dengan cara yang haram seperti daging curi, dibeli dengan duit hasil rompakan, duit judi, dan sebagainya.

Dalam khutbah kedua pula khatib ada menyebut tentang keutamaan mendengar khutbah. Mendengar khutbah menjadi rukun solat Jumaat. Khutbah mesti didengar dengan khusyuk tanpa gangguan. Sehingga kita tidah boleh berkata-kata walau sepatah pun ketika khatib berkhutbah walaupun untuk menegur anggota jemaah disebelah kita untuk diam. Bahkan, khatib kata, pernah suatu hari, Rasulullah melarang sahabat daripada bermain anak batu di tanah (dizaman Rasulullah masjid memang diatas tanah, bukan seperti kita masjid ada karpet) ketika Rasulullah berkhutbah.

Zaman sekarang, kita mungkin pernah tengok jemaah yang kurang fahan, mengetik keypad telefon ketika khatib berkhutbah (balas sms, Whatsapps, Wechat, Facebook, share isi khutbah kot). Walaupun niatnya baik untuk share isi khutbah, tapi ia mungkin akan menghilangkan pahala Jumaat. Sia-sia je.

Tu belum kira yang tidur waktu dengar khutbah. memang banyak berlaku. Harap-harap kawe boleh elak diri dari tidur masa dengar khutbah. Jawa kata amit-amit.

Jika kita fikir logiknya solat Jumaat difardhukan, bukan untuk menyusahkan kita, tapi ia penting untuk kesejahteraan ummah. Medium khutbah boleh digunakan sebagai media arus perdana bagi ummat islam. Kita mungkin agak ketinggalan isu-isu hangat dunia artis jika kita tidak menonton Melodi di TV3 seminggu sekali. Itulah lojiknya kefardhuan khutbah Jumaat. Ia menjadi medan untuk khatib menyampaikan berita tentang isu-isu semasa yang hangat dikalangan ummat islam diseluruh dunia, diserata Asia, di Malaysia, dan tidak ketinggallan isu setempat yang berlaku di dalam mukim itu sendiri.

Maka, kawe menyeru depada kawan-kawan dan diri kawe sendiri supaya mendengar khutbah dengan khusyuk, dan ambil i'tibar dari khutbah tersebut. Insyaallah..